Wednesday, November 16, 2011

Air Dicincang, Takkan Lumat

Azrul merupakan pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Melawati. Dia merupakan pelajar yang kurang pandai. Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) yang lalu, dia hanya mendapat keputusan 1A 1B 3C sahaja. Dia sering dibandingkan dengan abang kembarnya, Amirul. Amirul merupakan seorang pelajar yang biajk dan aktif di dalam akademik dan kokurikulum. Hal ini menyebabkan Azrul membencikan abangnya.

Azrul mula menunjukkan sikap yang tidak elok semenjak abangnya menjadi pengawas sekolah. Dia cuba menandingi abangnya dengan berusaha untuk menjadi pengawas juga. Namun, hasratnya tidak kesampaian. Dia ditolak kerana grednya yang lemah dan aktiviti kokurikulumnya yang tidak begitu memberangsangkan.Dia memikirkan bahawa amirul telah menghasut cikgu supaya tidak melantik dia menjadi pengawas. Dia memendam perasaan marah terhadap abangnya.

Di rumah, dia tidak menegur abangnya seperti dulu. Amirul resah. Dia mula memikirkan kesalahan yang dia lakukan pada Azrul sehingga Azrul tidak menegurnya seperti dahulu. Pintu bilik diketuk. Terlihat wajah Amirul apabila Azrul membuka pintu. Melihat saja wajah Amirul, hatinya semakin panas. Teringat peristiwa di sekolah. Dia menggenggam buku limanya dan dihayunkan ke muka Amirul. Amirul terduduk. Dia mengerang kesakitan sambil meraba pipi kirinya.

Semenjak peristiwa itu, mereka tidak lagi bertegur sapa. Melihat sahaja wajah satu sama lain, masing-masing memalingkan muka. Rakan-rakan lain berfikir bahawa Azrul dan Amirul bermusuhan. Tapia pa sebabnya? Itulah persoalan yang bermain di fikiran mereka. Azrul mula menyesal. Dia menumbuk abang kandungnya sendiri hanya kerana alasan yang tidak munasabah. Tapi egonya perlu difikirkan. Dia tidak akan memohon maaf kepada abangnya. Amirul pula masih memikirkan kesalahannya terhadap Azrul sehingga dia ditumbuk. Pipinya masih terasa bisa tumbukan Azrul.

Peperiksaan pertengahan tahun hanya tinggal seminggu. Pelajar-pelajar mula membaca buku sama ada di kelas, perpustakaan, kantin mahupun dalam perjalanan pulang ke rumah. Azrul pula hanya bermain bola di taman bersama rakan-rakannya. Amirul pula hanya dudk di rumah sambil mengulangkaji. Dia ingin mengajak Azrul mengulangkaji bersama-sama, tetapi dia takut apabila teringat peristiwa bulan lepas. Amirul mengumpul keberaniannya dan menuju ke taman.

Pipi Azrul terasa sakit. Dia teringat peristiwa di taman semalam. Amirul menamparnya di hadapan rakan-rakannya yang lain. Amirul memarahinya kerana mengatakan bahawa ibu dan ayahnya tidak pernah menyayanginya dan hanya menyayangi Amirul. Hatinya bertambah marah terhadap Amirul apabila dia teringatkan peristiwa itu.

Amirul gelisah. Azrul masih belum pulang walaupun hari semakin gelap.Dia bergegas ke taman permainan untuk mencari Azrul. Sampai sahaja di taman, Amirul melihat Azrul berlari mengejar bola yang bergolek ke tengah jalan. Amirul melihat sebuah lori yang penuh dengan muatan memandu dengan laju. Dia berlari kearah Azrul dan menolaknya ke tepi jalan. Lori itu tidak sempat menekan brek lalu melanggar Amirul yang tidak sempat mengelak.

Azrul melihat Amirul terbaring di jalan. Mukanya berlumuran darah. Kayu-kayu muatan lori itu menghempap badan Amirul. Separuh badan Amirul ditindih kayu-kayu yang besar itu. Azrul meluru kearah abangnya. Dia memeluk abangnya sambil meraung. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Dia menyesal atas tindakannya terhadap Amirul. Orang ramai yang melihat menitiskan air mata. Kejadian tersebut menyebabkan air mata Azrul mengalir.

Sesudah menanam mayat Amirul, Azrul bersama ibu dan ayahnya pulang ke rumah. Dia masuk ke bilik Amirul. Dilihatnya diari Amirul.`Azrul merupakan adik aku yang paling aku sayang. Mungkin dia tidak begitu bijak, namun dia juga memiliki kebolehan yang aku tiada. Suaraku tidak semerdu dia. Dia pernah mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid. Aku tidak boleh berjenaka seperti dia. Dia mempunyai banyak keistimewaan berbanding aku. Orang lain tidak menyedari kebolehannya. Adikku, Azrul`. Azrul mula menangis.


p/s:kt sini la karangan aku tergantung

Karangan Lina

Natasha dan Natalia merupakan pasangan kembar bagi Tuan Nizam dan Puan Nia. Mereka merupakan anak yang lahir dalam keluarga yang sangat berada. Akan tetapi, Natasha sentiasa tidak berpuas hati dan iri hati dengan Natalia kerana Natalia seorang yang rajin, pandai dan cantik. Berbeza pula dengan sikap angkuhnya, pemalas dan kurang pandai.

Di sekolah, walaupun mereka merupakan pasangan kembar, akan tetapi mereka tidak menduduki kelas yang sama. Hal ini kerana prestasi Natasha yang kurang memuaskan telah membuatnya turun kelas. Natalia di sekolah sangat terkenal dengan sikapnya yang berbudi, lemah lembut, sopan santun serta merendah diri. Hal ini telah membuatkan Natasha iri hati kerana Natalia amat disenangi di sekolah.

Begitu juga di rumah, sekiranya ada saja peluang, pasti adik kembarnya akan dibuli dan akhirnya berakhir dengan pergaduhan. Sudah puas Tuan Nizam dan Puan Nia mencari akal untuk menyatukan pasangan kembar ini, tetapi ttidak juga berhasil. Sikap panas baran Natasha teramat sukar untuk dibendung.

Sehinggalah pada suatu hari, Tuan Nizam dan Puan Nia menghantar Natalia ke kampung untuk tinggal bersama datuk dan neneknya untuk tempoh yang agak lama. Hal ini bagi mengelakkan daripada pasangan kembar tersebut terus-terusan bergaduh.

Perpisahan sementara Natalia dan Natasha pada mulanya telah menggembirakanhati dan perasaan Natasha. Natasha telah menjalani kehidupan tanpa Natalia. Akan tetapi, semakin hari, Natasha terasa semakin bosan. Setelah hampir setengah tahun tidak berjumpa dengan Natalia, Natasha mengambil keputusan untuk meminta kepada Tuan Nizam dan Puan Nia untuk menjemput Natalia pulang kerana dia bosan dengan ketiadaan Natalia di rumah.

Pada keesokan harinya, Tuan NIzam dan Puan Nia serta Natasha berangkat pulang ke kampong untuk menjemput Natalia. Akan tetapi, kereta yang dipandu oleh Natasha telah melanggar seorang remaja perempuan dan menyebabkan remaja perempuan tersebut tidak sedarkan diri. Natasha yang panik terus mendapatkan remaja perempuan tersebut sebelum menangis semahu-mahunya setelah mendapati bahawa remaja perempuan tersebut merupakan Natalia.

Natalia telah dikejarkan ke hospital oleh ambulans kerana Tuan Nizam, Puan Nia dan Natasha mengambil datuk dan nenek Natasha untuk dibawa ke hospital. Setelah sampai di hospital, mereka semua bergegas ke wad di mana Natalia ditempatkan. Natalia kelihatan sudah sedar tetapi kepalanya masih berbalut.

Natasha terus melulu kearah adik kembarnya dan memohon maaf kerana telah banyak melakukan kesalahan. Natasha juga mengajak Natalia untuk pulang ke rumah. Natalia telah pun memaafkan Natasha dan berjanji akan pulang semula ke rumah. Begitulah keakraban antara pasangan kembar tersebut. Walaupun mereka sentiasa tidak bersefahaman namun ikatan persaudaraan telah menyatukan mereka semula. Peribahasa ada berbunyi,”air dicincang, takkan putus”.

Karangan Puteri

Nora dan Elena adalah adik-beradik. Nora merupakan kakak kepada Elena. Nora juga merupakan seorang kakak yang sangat bertanggungjawab. Manakala Elena merupakan adik yang sangat manja. Mereka sering bergaduh walaupun mengenai hal yang kecil. Ayah dan ibu mereka iaitu Encik Zaimi dan Puan Hasliza sudah masak benar dengan perangai mereka berdua.

Suatu hari, Nora berjalan beriringan bersama rakan-rakannya untuk ke kantin. Tiba-tiba, Elena dengan sengaja menarik rambut salah seorang rakan Nora yang bernama Alice. Alice berasa sangat marah akan sikap Elena. Dia memberitahu Nora tentang perlakuan biadap Elena itu. Nora memarahi Elena di atas perbuatannya itu. Tetapi, Elena menafikannya. Nora berasa sangat marah dengan adiknya. Dia terus duduk di tepmat yang disediakan bagi menikmati makanan yang dibelinya. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat.

Sesampai sahaja di rumah, Nora memberitahu kedua-dua ibu bapanya mengenai kelakuan Elena di sekolah. Encik Zaimi memarahi Elena sehingga membuatkan Elena menangis. Akibat marah akan kakaknya, Elena membuat keputusan untuk lari dari rumah. Dia mengemas barang-barangnya dan keluar dari rumah serta-merta.

Keesokannya, Puan Hasliza terkejut apabila melihat bilik anak bongsunya kosong. Dia mencari-cari Elena di sekeliling bilik tetapi tidak dijumpai. Puan Hasliza memanggil suaminya lalu memberitahu tentang kehilangan anaknya. Encik Zaimi terkejut apabila mendengar berita yang dikhabarkan oleh isterinya.

Di sekolah, Nora mencari kelibat Elena. Tetapi, tidak dijumpai. Dia sudah bertanya kepada rakan-rakan Elena tetapi jawapan yang didapati, sangat menghampakan. Tiba-tiba, dia berasa bersalah dengan tindakannya memberitahu ayah mereka tentang perkara yang dilakukan oleh Elena terhadap Alice. Dia yakin itulah punca adiknya melarikan diri dari rumah. Sepanjang di sekolah, Nora berasa risau akan keselamatan diri adiknya.

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, Nora terdengar suatu suara esakan di bawah jambatan. Dia kenal benar dengan suara itu. Suara itu milik adiknya, Elena. Dia mengintai di balik pokok yang merimbun. Ternyata benar tekaannya. Dia melihat Elena menangis teresak-esak. Perlahan-lahan, dia menghampiri adiknya. Dia memegang lembut bahu adiknya. Elena berasa amat terkejut. Dia memandang kakaknya dan segera memeluk erat kakaknya. Nora memujuk adiknya supaya berhenti menangis.

Kepulangan Nora dan Elena amat mengejutkan Encik Zaimi dan Puan Hasliza. Elena berlari ke arah ibu bapanya dan memeluk erat kedua-duanya.

Benarlah kata orang, “air dicencang, takkan putus”.Walaupun Nora dan Elena kerap bergaduh, tapi hubungan adik-beradik tidak akan pernah putus.

Sunday, September 18, 2011

x taw lagi 3

Keesokan harinya, Azrul mula berubah. Dia mula memakai uniform sekolah yang lengkap dan kemas. Rambutnya disisir dengan rapi. Perangai buruknya yang dahulu mula ditinggalkan. Tutur bahasa dan gaya percakapannya mula berubah. Masuk sahaja ke kelas, Azrul meletakkan beg di tempat duduknya dan terus menuju ke bahagian hadapan kelas. Semua rakan sekelasnya hanya memandang dengan perasaan musykil dan ingin tahu. ‘Woi, Azrul. Kenapa kau ‘nerd’ pulak hari ni? Kau jumpa hantu ke semalam?’ Tanya Udin ataupun Udin Kempeng berseloroh. Sebagai kawan sejak kecil, Azrul kenal benar perangai Udin yang suka berjenaka. ‘Kau buat lawak ke? Cuba kau biar aku cakap dulu. Aku nak mintak maaf kat semua orang sebab selama ni aku selalu buat salah. Mulai sekarang, aku nak berubah menjadi Azrul yang baru. Anggaplah Azrul yang dulu sudah mati,’ mohon Azrul. Semua pelajar seperti tidak percaya kata-kata Azrul. Waktu Puan Loh Chiu Inn sudah tamat. Buku latihan yang berbukit itu dibiarkan di atas meja guru. Harapannya supaya ada pelajar yang sudi membantunya mengangkat buku latihan ke mejanya mula bersinar. Azrul bangun dari tempat duduknya dan terus menuju ke meja gurunya. ‘ Boleh saya tolong angkatkan?’ Tanya Azrul. Puan Loh terpinga-pinga. Sejak bila pula Azrul jadi baik ni? Dulu selalu sangat ponteng kelas. Dia jumpa hantu cina ke?’ getus hati Puan Loh. ‘Baguslah kalau macam itu.’kata Puan Loh. Azrul mengangkat semua buku latihan itu dan mengekori Puan Loh ke mejanya di bilik guru.

Monday, September 12, 2011

x taw lagi 2

Pintu bilik diketuk. Terlihat wajah bengis Cikgu Shamsudin. Dia menjeling budak lelaki yang berada di pintu. “Shahira,kenapa awak bawa dia ke sini? Dia buat masalah lagi ke?” Cikgu Shamsudin menyoal. “Dia tak nak turun ke kantin cikgu. Dia hanya duduk di dalam kelas. “Shahira menjawab sambil menjeling Azrul. “Kenapa kamu tak turun ke kantin, Azrul?” Cikgu Shamsudin menyoal Azrul. “Dia kata dia puasa hari ni. Dia malas nak turun.” Shahira menyampuk. “Shahira, kamu diam. Saya soal dia, bukan kamu.”Cikgu memarahi Shahira. “Maafkan saya cikgu.” Shahira menjawab ketakutan. “Saya puasa hari ni. Saya takut puasa saya batal bila saya pergi ke kantin.Lagipun, saya tak suka berada di kantin sebab kantin tu kotor.” jawab Azrul. “Itu saja alasan kamu? Tidak mengapa, kamu boleh balik ke kelas. Waktu pembelajaran pun hampir bermula. Tapi saya bagi amaran. Jangan buat lagi. Faham?” Cikgu Shamsudin menegur. “Baik lah cikgu. Saya faham. Saya minta diri dulu.”Azrul keluar dari bilik Cikgu Shamsudin diikuti Shahira.

Tamat waktu persekolahan, Azrul bergegas menuju ‘port’ rasmi dia dan Botak.Sampai di sana, dia melihat Botak tidur. “Sah-sah ponteng ni. Boleh lagi dia bantai tidur? Tak takut kantoi ke?” getus hati Azrul.” Woi, langau! Bangun la. Dah habis sekolah dah.” Azrul menendang-nendang kaki Botak. “Ape sepak-sepak ni? Tak reti nak sabar ke? Aku baru nak mimpi dapat ehem ehem ngan Shahira. Potong la kau.” Botak melaung sambil menguap. “Tak habis-habis dengan Shahira kau tu. Kalau kau nak taw, sebab dia la aku jumpe cikgu ‘JONGANG’ tu.” rungut Azrul. “ Habis tu, kau nak buat apa?” Tanya Botak. “ Hehehe, aku ada rancangan baik punya. Kau nak join tak?”Tanya Azrul kepada Botak. Botak menjawab laju,”mesti la nak. Kan Shahira ada. Aku dah lama usha dia. Best jugak kalau jadi awek aku.” Jangan nak berangan la. Aku tak yakin ada pompuan yang suka kat kau selagi rambut kau tak panjang.” Azrul mengutuk. “Elok sikit. Sebab aku Botak la ramai awek nak kat aku, taw tak? Lagipun, ko kata ada rancangan baik punya, tapi ape rancangan kau? Cerita la sikit.”Botak membalas kutukan Azrul. “Ok ok, kita buat lepas habis sekolah. Rancangan dia macam ni.”Azrul memberitahu.

Friday, September 9, 2011

X taw lagi

Azrul, seorang budak lelaki yang berumur 14 tahun yang bijak tetapi nakal. Ramai pelajar yang tidak berpuas hati dengannya disebabkan perlakuannya yang jahat. Sifat dan perangainya yang suka menipu, mengambil barang orang, dan menyakitkan orang lain menyebabkan dia tidak mempunyai kawan.

Azrul mula berkawan dengan samseng-samseng sekolah. Dia mula menghisap rokok,membuli orang yang lemah malah melakukan vandalisme.Azrul mula ponteng kelas dan lepak di belakang bangunan sekolah bersama-sama kawannya. Kawan Azrul yang dipanggil Botak mula mengajar Azrul menghidu gam. Azrul semakin terjebak dalam gejala sosial. Dia mula melepak dengan remaja-remaja perempuan sambil menghisap rokok dan menghidu gam.

Semasa waktu rehat, Azrul yang berpuasa hanya duduk di dalam kelas walaupun pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan kelas semasa waktu rehat. Dia sanggup berpuasa kerana hendak menyimpan duit untuk membeli rokok.Shahira,pengawas permpuan yang sebaya dengan Azrul dan menjadi pengawas contoh yang sedang bertugas untuk memastikan tiada pelajar di dalam kelas melihat Azrul yang hanya bersandar pada kerusi.Shahira melihat papan nama kelas itu. 2 Sejahtera,kelas untuk budak-budak pandai. “Woi! Kenapa kau tak turun? Sekarang kan waktu rehat. Mana boleh duduk dalam kelas.” Shahira menyergah Azrul dari belakang. Azrul yang hampir terlelap terkejut mendengar suara yang lantang itu.Dia menoleh ke belakang. “Kacaulah. Aku nak tidur pun tak boleh. Aku puasalah hari ni. Takkan aku nak pergi kantin? Boleh batal puasa aku.” Azrul menjawab dengan nada selamba. “Kau degil ya? Ikut aku jumpa cikgu disiplin sekarang.” Shahira mengarah. Azrul yang dalam keadaan mengantuk hanya membuntuti Shahira dari belakang.Dia tidak mahu bertekak dengan pengawas dari kelas ke-3.

Bersambung...