Sunday, September 18, 2011
x taw lagi 3
Keesokan harinya, Azrul mula berubah. Dia mula memakai uniform sekolah yang lengkap dan kemas. Rambutnya disisir dengan rapi. Perangai buruknya yang dahulu mula ditinggalkan. Tutur bahasa dan gaya percakapannya mula berubah. Masuk sahaja ke kelas, Azrul meletakkan beg di tempat duduknya dan terus menuju ke bahagian hadapan kelas. Semua rakan sekelasnya hanya memandang dengan perasaan musykil dan ingin tahu. ‘Woi, Azrul. Kenapa kau ‘nerd’ pulak hari ni? Kau jumpa hantu ke semalam?’ Tanya Udin ataupun Udin Kempeng berseloroh. Sebagai kawan sejak kecil, Azrul kenal benar perangai Udin yang suka berjenaka. ‘Kau buat lawak ke? Cuba kau biar aku cakap dulu. Aku nak mintak maaf kat semua orang sebab selama ni aku selalu buat salah. Mulai sekarang, aku nak berubah menjadi Azrul yang baru. Anggaplah Azrul yang dulu sudah mati,’ mohon Azrul. Semua pelajar seperti tidak percaya kata-kata Azrul. Waktu Puan Loh Chiu Inn sudah tamat. Buku latihan yang berbukit itu dibiarkan di atas meja guru. Harapannya supaya ada pelajar yang sudi membantunya mengangkat buku latihan ke mejanya mula bersinar. Azrul bangun dari tempat duduknya dan terus menuju ke meja gurunya. ‘ Boleh saya tolong angkatkan?’ Tanya Azrul. Puan Loh terpinga-pinga. Sejak bila pula Azrul jadi baik ni? Dulu selalu sangat ponteng kelas. Dia jumpa hantu cina ke?’ getus hati Puan Loh. ‘Baguslah kalau macam itu.’kata Puan Loh. Azrul mengangkat semua buku latihan itu dan mengekori Puan Loh ke mejanya di bilik guru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment