Natasha dan Natalia merupakan pasangan kembar bagi Tuan Nizam dan Puan Nia. Mereka merupakan anak yang lahir dalam keluarga yang sangat berada. Akan tetapi, Natasha sentiasa tidak berpuas hati dan iri hati dengan Natalia kerana Natalia seorang yang rajin, pandai dan cantik. Berbeza pula dengan sikap angkuhnya, pemalas dan kurang pandai.
Di sekolah, walaupun mereka merupakan pasangan kembar, akan tetapi mereka tidak menduduki kelas yang sama. Hal ini kerana prestasi Natasha yang kurang memuaskan telah membuatnya turun kelas. Natalia di sekolah sangat terkenal dengan sikapnya yang berbudi, lemah lembut, sopan santun serta merendah diri. Hal ini telah membuatkan Natasha iri hati kerana Natalia amat disenangi di sekolah.
Begitu juga di rumah, sekiranya ada saja peluang, pasti adik kembarnya akan dibuli dan akhirnya berakhir dengan pergaduhan. Sudah puas Tuan Nizam dan Puan Nia mencari akal untuk menyatukan pasangan kembar ini, tetapi ttidak juga berhasil. Sikap panas baran Natasha teramat sukar untuk dibendung.
Sehinggalah pada suatu hari, Tuan Nizam dan Puan Nia menghantar Natalia ke kampung untuk tinggal bersama datuk dan neneknya untuk tempoh yang agak lama. Hal ini bagi mengelakkan daripada pasangan kembar tersebut terus-terusan bergaduh.
Perpisahan sementara Natalia dan Natasha pada mulanya telah menggembirakanhati dan perasaan Natasha. Natasha telah menjalani kehidupan tanpa Natalia. Akan tetapi, semakin hari, Natasha terasa semakin bosan. Setelah hampir setengah tahun tidak berjumpa dengan Natalia, Natasha mengambil keputusan untuk meminta kepada Tuan Nizam dan Puan Nia untuk menjemput Natalia pulang kerana dia bosan dengan ketiadaan Natalia di rumah.
Pada keesokan harinya, Tuan NIzam dan Puan Nia serta Natasha berangkat pulang ke kampong untuk menjemput Natalia. Akan tetapi, kereta yang dipandu oleh Natasha telah melanggar seorang remaja perempuan dan menyebabkan remaja perempuan tersebut tidak sedarkan diri. Natasha yang panik terus mendapatkan remaja perempuan tersebut sebelum menangis semahu-mahunya setelah mendapati bahawa remaja perempuan tersebut merupakan Natalia.
Natalia telah dikejarkan ke hospital oleh ambulans kerana Tuan Nizam, Puan Nia dan Natasha mengambil datuk dan nenek Natasha untuk dibawa ke hospital. Setelah sampai di hospital, mereka semua bergegas ke wad di mana Natalia ditempatkan. Natalia kelihatan sudah sedar tetapi kepalanya masih berbalut.
Natasha terus melulu kearah adik kembarnya dan memohon maaf kerana telah banyak melakukan kesalahan. Natasha juga mengajak Natalia untuk pulang ke rumah. Natalia telah pun memaafkan Natasha dan berjanji akan pulang semula ke rumah. Begitulah keakraban antara pasangan kembar tersebut. Walaupun mereka sentiasa tidak bersefahaman namun ikatan persaudaraan telah menyatukan mereka semula. Peribahasa ada berbunyi,”air dicincang, takkan putus”.
No comments:
Post a Comment