Dekat sekolah aku, SMKPP16(1), aku memang femes. Ramai cikgu kenal aku. Macam mana boleh kenal? Masa tingkatan 1, cikgu kenal aku sebab abang dan kakak aku. Jumpa je, "eh, kamu ni adik Faiz ke?" "Takde la cikgu. Saya adik abang saya. Cikgu kenal ke abang saya? Nama dia Faiz." Letih la cikgu tanya soalan macam tu. Dah tanya minggu ni. Bila jumpa minggu depan, "eh, kamu ni adik Izlin ke?" "Saya memang adik Izlin, Faiz dengan Hafiz." sekali aku jawab macam tu dengan cikgu. Cikgu ketawa pulak. Ingatkan marah. Itu baru masa tingkatan 1. Masa tingkatan 2, orang mula kenal aku sebab sifat aku yang suka mengarut. Aku suka mengarut ke? Aku cuma cakap apa yang ada dalam otak aku je. Tapi aku tak faham. Apa itu mengarut? Ada kaitan ngan carrot ke?? Ataupun tarrot?? Parrot? Biarlah mengarut tu main sorangsorang. Aku sambung balik. Tingkatan 3 pulak, aku femes sebab aku dah dilabel budak yang bising. Apa yang bisingnya aku ni? Aku cuma menjerit je dalam kelas. Bising ke?? Kadang kadang aku menyanyi dalam kelas, budak perempuan depan aku, Najihah ataupun Najet suruh senyap. Tak sedap ke suara aku? Setiap hari aku training dalam bilik air. Apa tak macam Faizal Tahir ke? Okayokay, suara aku memang tak sedap. Sedap sikit je daripada katak main seruling. Camtaim, aku bersenandung pun dia marah. Bersenandung tak tahu? Bersenandung tu air warna kelabu. Rasa dia berlawanan dengan air bandung. Derr, kalau bersenandung tak tahu, semak la kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Mukmin. takpun, semak KWSP.
Untuk pengetahuan korang, tadi tu baru pendahuluan. Lepas ni baru cerita sebenar. Cerita aku bermula dari tingkatan 1 lah. Takkan aku nak cerita dari aku lahir kan? Korang nak ke baca ke baca pasal lahirnya aku pada 31 Mac 1997 bersamaan Tahun Lembu ni? Eh, korang baca la. Bangganya. Kita sambung balik eh?? Masa tingkatan 1, aku masuk kelas 1 Bijaksana. Sama jugak dengan kawan kawan aku. Masa tu aku mula berjinak-jinak dengan budak baru. Bukan gay eh? Aku mula berkenalan dengan budak-budak baru. Selalunya kalau ada budak baru, aku psycho dia. Tapi tak tahu lah macam mana aku jadi baik masa tu, aku batalkan nawaitu aku yang sungguh 'murni' tu. Aku duduk sebelah kawan aku sejak darjah 2, Tengku atau nama IC dia, Tengku Amirul Shahril Bin Tengku Shamsubahrian. Nama dia memang panjang, sama jugak la dengan badan dia.Jangan ingat aku pendek pulak. Aku dengan dia tak jauh beza. Dia ni sama je kelas dengan aku sejak darjah 2. Tak nak berjauhan dengan aku kot. Masa dalam kelas, hari pertama, waktu pertama, belum rehat, aku dengan Tengku dengan kawan-kawan aku yang lain iaitu: (lihat senarai di bawah)
IC : Muhammad Alif Aiman Bin Mohd Noor
Gelaran : Alip
IC : Mirza Muhammad Nabil Beg Bin Mirza
Gelaran : Nabil
Gelaran : Alip
IC : Mirza Muhammad Nabil Beg Bin Mirza
Gelaran : Nabil
Ramai lagi lah. Takkan nak tulis semua pulak. Masa kitorang berbual, berborak, bersembang, berkonversasi dan segala 'ber' yang ada dalam dunia ni, aku perasan ada la budak yang duduk bahagian tengah kelas ni 'usha' kitorang. Aku pulak masa tu buat lawak apa entah. Aku tengok dia ketawa. Aku pun mulalah cakapcakap dengan dia. Aku dapat tahu benda yang aku dah jangka aku akan dapat tahu. Dia pulak dengan muka yang agak agak 'innocent' boleh pulak cakap benda tu. Nak tahu apa dia cakap? Dia cakap nama dia Muhammad Syafiq Bin Muhd Khairil Izwan. Terkejut tak? Gurau je lah. Dia mula berbual dengan aku. Tapi aku tak bagitahu dia pun siapa nama aku. Dia pulak tak nak tanya. Dah mula kenal dia, cari budak baru yang lain pulak. Amir Haziq Bin Zainal Abidin. Dia ni muka Ya Allah, baik gila lah. Macam tak pernah buat salah. Macam tak pernah tinggal solat. Borak la pulak dengan dia. Tengah bisingbising dalam kelas, muncullah satu lembaga yang tak dikenali. Manusia lah. Dia memperkenalkan dirinya dengan panggilan Ustazah Hasiah. Dia kata dia bukan cikgu kelas kitorang. Cikgu kitorang gi mana entah. Mati-mati kitorang ingat dia cikgu kelas kitorang. Memang la kitorang ingat macam tu. Waktu tu sepatutnya cikgu kelas masuk, perkenalkan diri,dan meminta kad pengenalan pelajar-pelajar yang lain. Bukan kad pelajar, cikgu mintak pelajar memperkenalkan diri sekepala demi sekepala, dari barat hingga ke timur. Disebabkan cikgu tak ada, ingatkan tak payah la nak kenalkan diri masing-masing. Aku memang tak suka bab-bab memperkenalkan diri ni. Nak kena cakap nama la, tempat tinggal la. Kandang-kandang umur pun kena cakap. Kalau saya dah tingkatan 1, takkan la umur saya 3 tahun 4 bulan setengah hari pulak. Yang paling aku tak suka, kena cakap cita-cita. Memang umpama mimpi dalam mimpi la aku nak cakap cita-cita aku. Bukan segan, tapi malu nak cakap, yang aku tak ada cita-cita. Tapi, ustazah suruh kenalkan diri jugak. Sampai je giliran aku, "Nama saya Muhammad Iqbal, tinggal dekat presint 16 dekat situ *jari menghala ke rumah apartment, hobi saya suka main komputer,cita-cita saya nak jadi, nak jadi, jadi, nak jadi engineer." Selamba badak je aku tembak nak jadi apa. Tu pun nasib baik aku teringat kawan aku, Ajmal nk jadi science engineer. Aku pun tembak je la, cakap nak jadi engineer. Lepas je kenalkan diri, semua pelajar dibenarkan bergosip dengan syarat, share gosip tu dengan aku. Masa gosip tu la aku kenal Muhammad Zulfadli, atau dikenali sebagai Pali. Dia la kawan baik aku sekarang. Aku mula rapat dengan dia lepas rehat.
Lepas rehat, satu demi satu a.k.a one by one cikgu masuk. Cikgu Geografi, Puan Faridah. Cikgu Bahasa Melayu, Puan Mariana a.k.a Puan Mary. Cikgu Pendidikan Islam, Ustazah Hasiah. Cikgu Matematik, Puan Maslina. Cikgu Sejarah, Puan Amalina. Cikgu Sains, Puan Suszna. Cikgu Bahasa Inggeris, Puan Rafidah a.k.a cikgu kelas kitorang yang tak datang. Cikgu Kemahiran Hidup, Puan Suzana dan Puan Zuliani. Eh, kenapa ada dua cikgu ni? Rupa-rupanya dalam setiap kelas ada dua aliran berbeza. Kelas aku dapat aliran KT iaitu Kamen Teacher. KT tu Kemahiran Teknikal. Lagi satu aliran, PK iaitu Penolong Kanan. Lagiu teruk. Ada ke pelajar nak jadi penolong kanan? Nak jadi penolong ketua kelas pun berebut-rebut, cadangkan nama orang lain. PK tu Perdagangan dan Keusahawanan. Kelas kitorang dah lantik siapa jadi ketua kelas, penolong ketua kelas, setiausaha, bedahari, bendahara, laksamana, syahbandar, hulubalang.dan balang kuih raya. ????? telah dinobatkan sebagai Juara Lalalitamplom antara semua calo-calon dan menjadi ketua kelas kami secara rasminya. Err, sorry la. Aku tak ingat langsung siapa yang jadi ketua kelas, penolong ketua kelas, bendahari dan setiausaha. Maklum la, memori otak aku dah penuh. Saiz otak aku 512mb je. Tahukah anda, otak burung unta lagi kecik dari matanya. Okay, iklan sekejap. Sambung lagi dalam post seterusnya.
No comments:
Post a Comment